Apa itu KOPI..?
Kopi adalah nama kepada sejenis buah, akan tetapi lebih dikenali umum sebagai sejenis minuman.Bentuk fizikal buah kopi yang belom diproses adalah seperti buah beri berwarna merah. Bagi mendapatkan kopi yang dalam bentuk serbuk, biji kopi yang mentah akan melalui proses pengolahan yang panjang dan rumit dalam menghasilkan serbuk kopi yang bermutu tinggi. Setiap peringkat proses adalah amat penting dalam mempengaruhi rasa kopi tersebut.
Sejarah awal penemuan kopi adalah sangat menarik kerana kopi mula dikenali apabila seorang pengembala kambing di dataran tinggi Euthiopia mendapati kambing-kambingnya menjadi lebih bersemangat untuk seketika dan cergas di malam hari setiap kali selepas memakan buah beri yang merupakan biji kopi tersebut. Pengembala itu juga turut mencuba sendiri memakan buah beri tersebut dan terbukti kesannya adalah sama. Kisah penemuan ini terus tersebar ke serata tempat dan akhirnya revolusi tentang keunikan kopi ini terus melangkaui seluruh dunia sehinggalah ke hari ini. Info lanjut, sila klik kopi.wkal Pene muan Kopi
Kebaikan Kopi
Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan
menyegarkan orang mengantuk. Hal ini kerana Kandungan utama
kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf
otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab
itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh
kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah
mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg,
berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga
dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana,
kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak
(vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang
merupakan penyebab kepada sakit kepala.
Selain itu, hasil kajian kerjasama dari beberapa pusat penyelidikan
seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio,
Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan
mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok. Hebat bukan?
K
Tiada ulasan:
Catat Ulasan