Khamis, 1 November 2012


                  KOPI BUJANG KOPI TONGKAT ALI DENGAN GINSENG DAN GUARANA



Kopi Bujang kini telah menambah satu lagi produk minuman segera, iaitu Kopi Bujang Tongkat Ali bersama dengan khasiat tambahan herba Ginseng dan Guarana. Kopinya yang asli dan bermutu tinggi dengan tambahan khasiat-khasiat herba ini pastinya membuatkan para pengguna mendapat manfaat yang sepenuhnya di samping menikmati rasa kopi yang sangat enak. Ramai penggemar kopi Bujang telah memberikan komen yang mengalakkan terhadap kepuasan rasa kopi tongkat ali yang terbaru ini.





Tongkat Ali atau nama saintifiknya "Eurycoma Longifolia" adalah baik untuk kesihatan kerana berupaya memulihkan kembali badan yang letih selepas melakukan aktiviti yang lasak atau kerja yang berat dan juga boleh melancarkan peredaran darah dalam badan dalam badan. Pada tahun 1997 sekumpulan penyelidik perubatan Dr. Gimlettle dan Thomson telah berjaya membuktikan Tongkat Ali boleh menawar semua jenis demam malaria termasuklah malaria plasmodium.


 

Nama botani Ginseng adalah "Panax Ginseng" dan berbicara tentang sifat-sifatnya, Panax Ginseng berasal dari kata pan-Axos Yunani dan secara ilmiahnya bererti  "semua penyembuhan". Secara umumnya, Ginseng adalah berkemampuan untuk mengembalikan tahap keseimbangan dan stamina dalam tubuh manusia, meningkatkan sistem imunisasi, menurunkan kadar gula dalam darah, memperbaiki disfuksi ereksi, dan juga mampu membantu perokok untuk berhenti merokok. Ginseng dapat  membantu penyembuhan berbagai jenis penyakit secara total dan pengguna kini boleh menikmati khasiat Ginseng dalam cara yang lebih mudah seperti menikmati Kopi Bujang keluaran terbaru ini..



Guarana atau nama botaniknya " Paullinia Cupana" adalah sejenis tumbuhan rotan menjalar yang berasal dari Basin Amazon di Brazil. Buahnya adalah berwarna merah apabila masak dan seraputnya luarnya akan merekah seumpama biji mata. Guarana juga mempunyai nilai khasiat yang tinggi pada masa kini. Ia kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. Semua ini berupaya membantu penyerapan oleh tisu badan dan pengawetan kemudaan. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur. Tambahan pula, ia mudah diserap oleh badan manusia dan dengan itu menjadi makanan kesihatan fungsian yang dapat bertindak pantas.
                                                                                   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan